Wednesday, November 20, 2013

Kenapa Aku Tak Update Blog?



Assalamualaikum










Fuh dah lama pulak aku tak menulis dekat blog nie hmm :/










Maaflah, aku memang busy sangat sangat sangat! Tak sibuk dengan assignment, sibuk dengan meeting. Kadang-kadang dalam satu hari, aku boleh attend sampai 3 meeting. Sekali dalam tengahari, dua pada waktu malam dan nak tak nak, mau dalam pukul 12 tengahmalam baru habis meeting










Aku tahu semua orang macam persoalkan amendaaaaaaaaaaalah yang aku sibuk sangat nie :/ Okaylah ~ aku pegang portfolio Publisiti dalam BaCAS Committee 2013/2014. BaCAS ni adalah fakulti aku punya persatuan pelajar. Dalam masa yang sama, aku dilantik untuk jadi Seki JPK Kolej Melati dan aku kena handle satu event intercollege, Wajah Dekon dan weekend ni dah berlangsung sessi pertama event aku tue sebab aku jadi Timbalan Pengarah Projek bagi program ini










Dan dalam masa yang sama, aku jadi Exco Multimedia untuk program Lets Bowl. Event ni dah lepas dah, 29 September baru-baru nie. Kemudian, aku jugak jadi Exco Multimedia utk Usik Warisan, Insyallah pada 17 November 2013 ini akan berlangsung event ni di Laman Budaya Shah Alam sebab event ni dapat kerjasama dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)










Dalam aku sibuk-sibuk nie, aku pulak dilantik jadi Exco Multimedia untuk Sukan Antara Fakulti (SAF) yang bakal berlangsung padal November ini. Haha :D Yang ni memang aku tak expect pun okay sebab aku baru tahu aku dapat portfolio ni dalam beberapa hari yang lepas. Haha










Aku tanyalah jugak beberapa orang "Kenapa saya dilantik menjadi Exco Multimedia?" Yelah, hampir semua event yang aku handle, aku jadi exco yang sama je. Korang tahu apa jawapannya? "Sebab Mai ada blog, sebab tu kami lantik awak jadi exco multimedia" HAHAH :D Okaylah, alasan yang boleh diterima tapi dalam masa yang sama aku gelak sebab macam eh eh kelakar plus comel pulak diorang nie HAHA :D










Dan sebagai students, mestilah kau akan ada banyak assignment dan presentation kena submit kan? So do I. Ni aku mampu update blog ni sebab aku tengah tunggu line laju sikit sebab nak upload video aku dalam ilearn untuk subjek Organisational Behavior aku. Kalau time-time macam ni, barulah line laju sikit kan? So kenalah berkorban waktu tidur huhu, takpelah :)










So boleh bayangkan tak betapa banyaknyaaaaaaaaaaaaa kerja aku kena handle. Ni pun aku dah tak larat dan sakit belakang. Stress? Aku tak adalah rasa stress melampau sangat sebab aku rasa aku boleh manage diri aku lagi cuma maybe penat kot. Ya, aku penat haha :D 










Kadang-kadang nak bukak Whats App pun, risau sebab takut terbaca "Malam ni ada meeting" HAHA :D Macam tu sekali tauu ~Oh ya, sejak ada Whats App ni, semua pakat buat group dalam Whats App! HAHA :D Group kelas lah, group assignment lah, group kelas masa diploma lah, group Bortakk Selamanya lah, group SAF lah, group Pemimpin Melati lah, group family aku lah ~ macam-macam! Seronok baca diorang duk borak haha :D










Okaylah, jam dah pukul 4 pagi. Kelas aku kejap lagi pukul 10 pagi. Haaaaaaaaaaaaaa ~ aku memang dah kena masuk tidur nie! So maaflah yer kalau ada yang keep on tweet dan tanya aku "Mai, bila nak update blog?" Aku memang nak update blog tapi aku tengah lack of time nak duduk lama-lama depan lappy macam dulu. Kalau ada aku update tu, adalah :) 










Tapi aku rasa korang boleh je nak follow aku dekat Instagram aku sebab aku selalu update pape pasal aku dekat situ selain dari dekat Tweet kan? Dekat FB pun dah jarang bukak macam dulu-dulu huhu ~










Maaflah yer? Kalau ada kesempatan masa, aku update. Aku pun memang banyak benda nak cerita dekat korang tapi entahlah ~ tak tahulah samada cerita tu dah basi atau tak untuk korang baca Y.Y















kenapa aku tak update blog 1

Semoga aku menjadi kuat dan tabah untuk semester ini. Doakan aku yer kawan-kawan!














  kenapa aku tak update blog 2




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D



Tweet Follow @mysaranewrie

No comments:

Post a Comment